| |
|
|
"AENERGYDAPUR" Batu Memasak Bertenaga

|
Setiap milimeter persegi pada Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR boleh membebaskan lebih daripada 2,500 anion. Ia dibakar dengan batu-batan bertenaga yang berkualiti tinggi dan semula jadi, mampu membebaskan sinaran infra merah jauh dan tenaga yang memanfaatkan kesihatan badan. Apabila dimasukkan ke dalam air, gelombang infra merah jauh boleh saling bergetar dengan molekul air bagi memecahkan air bermolekul besar kepada air bermolekul kecil. Pada masa yang sama juga menyingkirkan bendasing dalam air bagi meningkatkan kualiti air, agar air menjadi lebih sedap dan semula jadi seumpama air mata air semula jadi.
Air bermolekul kecil lebih mudah diserap oleh badan bagi meningkatkan kadar metabolisme dan peredaran darah, seterusnya mencapai kesan untuk mengekalkan kesihatan badan. Ia juga mampu menyingkirkan klorin dan karbonat dalam air, menyahbau dan mencegah pembentukan mendapan dalam air. Selain itu, anion juga berkesan untuk menjernihkan darah, mengimbangkan sistem saraf autonomik, mengaktifkan sel-sel, menyahtoksik dan menguatkan daya ketahanan badan. Anion dan sinaran infra merah jauh mampu bertindak secara sinergi untuk memberi kesan penjagaan kesihatan yang berlipat ganda.
Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR mampu mendatangkan manfaat seperti berikut:
Air minuman: Masukkan ke dalam air minuman selama seminit lalu diminum. Air terasa sedap bagaikan air mata air. Ataupun masukkan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR ke bahagian penapis Sistem Penapisan Air bagi menyingkirkan klorin dalam air paip, mengecilkan molekul air dan meningkatkan kandungan oksigen dalam air. Air sedemikian dapat mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan kadar metabolisme.
Membancuh teh: Membancuh teh dengan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR mampu menaikkan keharuman teh dan menghilangkan kepahitan. Keharuman teh akan berkekalan untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Arak: Masukkan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR ke dalam arak selama 20-30 saat lalu diminum. Arak menjadi lebih sedap kerana rasa masamnya telah dikurangkan dan juga lebih baik apabila diserap oleh badan.
Mengekalkan kesegaran: Masukkan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR di dalam peti sejuk boleh membantu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan menyahbau.
Memasak: Ia boleh memendekkan masa memasak dan menambahkan rasa keenakan hidangan yang disediakan.
Mereneh sup: Masukkan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR di dalam periuk ketika mereneh sup, sup akan menjadi lebih segar dan sedap.
Menanak nasi: Apabila menanak nasi dengan Batu Memasak Bertenaga AENERGYDAPUR, ia akan mengaktifkan dan mengecilkan molekul air. Nasi yang dinanak lebih sihat dan menyelerakan.
|
|
|
|